Friday, March 18, 2011

Solat tapi masih buat mungkar??


Assalamualaikum..perkongsian dari Fbook Soraiya Bahrin ( a.k.a my mum)

Solat tetapi tidak dapat mencegah mungkar, terutama bila sistem hidup yg mentadbir hidup itu adalah sekular.
Penghayatan ajaran khusyuk ( umpama nyawa, ada kekuatan,jika tak khusyuk, umpama mati). Jgn ada percanggahan antara sikap hidup dan solat.

Sah solat ada 2;
- sah solat di dalam solat dan
- sah solat di luar solat(iaitu sejauhmana melaksanakan urusan hidup selaras ucapan dan perbuatan solat).
Penghytan syarat solat pd rukun akan rosak kalau tiada khusyuk, umpamanya berdiri iaitu ada 6 syarat,
i) sengaja berdiri ( berdiri dgn sedar dan dgn kehendak sendiri)
ii) Berdiri tegak belakang,
iii) Kaki ditegakkan iv)pernafasan dilatih
v) Berkuat di atas kaki,tidak bersandar.
iv)Tomaninah iaitu disepanjang berdiri spt qiam.
v) Berdiri lurus ertinya sikap lurus dalam melaksanakan perentah Allah.

Kekuatan solat memungkinkan seseorang itu boleh mencegah mungkar. Oleh itu jika solat tapi tidak tutup aurat, ini bermakna solat tidak boleh membentuk diri dari mungkar kerana tiada khusyuk.
Periksa diri, kalau masih ada mungkar pada diri, i...ni bererti solat tidak khusyuk. Solat itu hanya jadi amalan warisan atau tradisi krn tetap menyuburkan kederhakaan spt menentang jihad dan menentang Islam yg bererti menentang Allah.

"Celakalah orang yg solat tapi lalai krn solatnya mengundang bala/azab dari Allah".
Justeru itu mari kita belajar solat yg khusyuk dan sempurna...

( petikan dr majlis ilmu ustz zulkarnain)

0 comments:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr